Pages

Sunday 27 May 2012

THE GREATEST MOMENT WITH THEM!

Saya telah mengikuti satu program U berupa BAKTISISWA yang dianjurkan oleh pihak Universiti sendiri. Pada mulanya, sememangnya bukan kehendak saya/kami untuk mengikuti program tersebut tetapi atas kehendak pensyarah  yang telah menggunakan psikologi untuk memerangkap kami. Namun, saya merelakan juga hati untuk mengikuti program ini pertama untuk sijil dan kedua untuk markah kepada dua subjek yang dipegang sepenuhnya oleh pensyarah tersebut. 
Hari pertama sampai di Kelantan..kami dibahagi-bahagikan kepada keluarga angkat. Saya dan kawan saya Yasmine mendapat Mok Doh sebagai mama angkat. Mok Doh seorang ibu yang sangat2 saya kagumi kerana dialah yang telah bertungkus-lumus membesarkan 9 orang anaknya. Suaminya tidak mempunyai sebelah kaki kerana mendapat penyakit barah tulang 23 tahun yang lalu. Maka, Mok la yang bersusah payah menoreh getah dan membuat semua kerja untuk membesarkan anak-anaknya sehingga anak-anaknya berjaya. Majoriti anaknya mempunyai kerja tetap iaitu seramai 4 orang anaknya berkerja sebagai MA di Hospital dan yang lainnya saya tak pasti sangat sebab Mok kecek klate..susoh nak pehe..kekekee..

Bercakap pasal pengalaman..hmm..terlalu banyak pengalaman..ada juga yang menyentuh hati saya..tersentuh hati saya apabila bercerita dengan cucu-cucu Mok..malam terakhir saya berada di Kelantan..saya bawa mereka iaitu Mimi, Ain dan Syafiq tingu bulan dan bintang malam tu.. Saya bercerita kepada mereka tentang tahi bintang..saya bagitw drg..kalau kita nampak tahi bintang jatuh..kita boleh buat hajat..dan hajat yang kita buat tu pasti akan tercapai.. (^_____^)v  sebab saya sendiri pun percaya yang hajat itu past akan terkabul..kemudian saya tanya diorang satu persatu apa hajat drg..Ain cakap..dia berhajat supaya ada adik sebab dia tiada adik..Mimi pula berhajat mw jadi kaya dan ada rumah beeeeeeeeeSAR. Syafiq pula berhajat untuk mendapat kebahagiaan..tapi dia malu2 mw ckp..haha..tiba2 Mimi tanya awan tu apa..kemudian saya bagitwla awan tu macamana..Mimi cakap."oo..selama ni saya ingatkan awan tu gula2" kesiannya..saya rasa Mimi comelll betul cakap macam tu..

Menjadi seorang guru bukanlah perkara yang mudah macam yang orang nampak pada luaran. Walaupun saya belum diiktiraf sebagai seorang guru, tetapi pengalaman bersama murid-murid UPSR dan SPM betul2 buat saya macam seorang guru..bayangkan..drg panggil saya CIKGU. Diorang salam dan cium tangan saya..betul2 terharu..diorang minta tandatangan semua bakal2 cikgu di sana..dan ada seorang murid ni dia ucap..selamat menjadi seorang guru..(^__^)v jiwa saya memang jiwa pendidik..sebab dari kecil lagi saya memang bercita-cita mw jadi cikgu..saya masih ada 2 semester yang paling KICK bilang orang untuk saya tempuhi iaitu PRAKTIKUM dan PROJEK AKHIR TAHUN@ TESIS. Saya sanggup ketepikan semua yang ada di hati saya terutamanya perasaan cinta dan sayang saya terhadap seseorang..huhu..sebab..buat masa ni saya ada perkara yang lebih penting untuk ditempuhi..dan saya percaya dia juga macam tu. Orang cakap jodoh tidak akan ke mana...ada juga mengatakan bahawa cinta tidak seharusnya memiliki sebab walaupun sama2 suka, sama2 sayang dan sama2 cinta tapi kalau tiada jodoh..maka tiadalah juga dapat bersama..hidup kita Tuhan yang pegang..untuk mencapai sesuatu..kita perlu berusaha disuburi dengan doa dan keyakinan serta kepercayaan..Saya percaya tidak ada satu doa pun yang Tuhan tidak pernah dengar..Dia mendengar tiap bait2 kata dalam doa kita.saat kita bersedih,dia menghitung setiap air mata yang jatuh..Begitu baiknya TUhan..terima kasih Tuhan kerana banyak memberi pengajaran dalam hidup saya..Terima kasih Tuhan kerana selalu setia dan selalu mw memberikan pengalaman baru yang menarik, yang dapat mengubah dan membentuk diri saya menjadi seorang yang lebih baik..setiap yang berlaku..ada hikmahnya..AMEN..