Pages

Wednesday 24 October 2012

Yang TERBAIK

Hai!
Rasanya, sudah agak lama saya tidak mengemaskini status blog saya ini. Bukan apa, tapi malas! kekeekekkeee

Hmm..tiba-tiba terdetik hati ini untuk mencoret sesuatu di laman ini..Hari ini, saya mengetahui sesuatu yang sememangnya pada suatu hari nanti pasti saya akan tahu dan terpaksa dan harus menerimanya. Terkadang saya tertanya-tanya mengapa semua ini harus terjadi dalam hidup saya. Mengapa seringkali ianya berlaku terhadap diri saya. Namun, apabila saya sering membuat refleksi diri sendiri, secara perlahan-lahan saya mendapat sesuatu. Rasanya saya tahu jawapannya. Ya! saya tahu. Saya ini hanyalah seorang insan yang bergelar perempuan atau dalam perkataan yang lembut ialah wanita. Wanitakah saya? iyaa..saya wanita. huhuhhu..
Dahulu, saya selalu menginginkan supaya saya ini cepat dewasa, namun apabila saya sudah menjadi dewasa, saya pula rindukan kenangan dan mahu menjadi kanak-kanak. Hmm...beginilah manusia..terkadang kita ini tidak pernah puas hati dengan segala yang kita miliki. Setahun yang lalu, pengalaman yang paling pahit berlaku dan terjadi dalam hidup saya. Pada waktu itu, saya sering merindui diri saya yang ceria. Bergelak tawa dengan ikhlas kerana pada masa itu, kehidupan saya seperti perahu yang terumbang-ambing. Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa pun juga sebab saya menjadi seperti itu kerana semua itu kerana diri saya sendiri. Sebabnya? Mungkin tidak perlu dinyatakan. Namun, walaupun perkara itu sudah lama berlaku..saya tidak pernah melupakannya. Saat itu saya berusaha untuk berdiri semula. Segala-galanya jatuh. Saya berusaha dengan sedaya upaya saya untuk berdiri teguh semula. Sekarang, saya mampu tersenyum gembira. Walaupun jauh di sudut hati ini, segalanya tidaklah seindah biasa. Namun, saya belajar untuk menerima segalanya. 
Kerana saya tahu, rencana Tuhan itu bukanlah rencana saya..walaupun sehebat mana rancangan hidup yang saya aturkan, Tuhan lebih berkuasa atas segalanya untuk menentukan sama ada saya ini layak untuk mendapatkannya ataupun tidak. Saya pernah melihat satu ayat yang berbunyi.. "If God wants you to have it, You will have it." Maksudnya, jika ada sesuatu perkara yang saya inginkan, saya memohon pada Tuhan untuk mendapatkannya bercampur dengan usaha saya sendiri, jika Tuhan berkenan untuk saya memilikinya, maka saya akan memilikinya..jika tidak, saya memang tidak pernah akan mendapatkannya. Kerana Tuhan tahu segala sesuatu yang terbaik untuk kita. Dia peduli dan dia mengerti.
Sebenarnya, Tuhan sentiasa menunjukkan jalan yang harus kita pilih dalam hidup kita, cuma kita sahaja yang buta untuk melihatnya meskipun pada dasarnya kita ini sempurna dari segi akal fikiran dan sempurna sifat tubuh badan. 
Saya tidak mampu untuk mengawal hidup saya. Saya hanya mampu untuk berusaha sedaya upaya saya untuk meneruskan hidup selagi saya ini masih mampu untuk bernafas. Sehingga saat itu tiba untuk saya bahagia semula, saya pasti tidak akan mensia-siakan segala kesakitan, kepedihan, kesunyian, kekosongan dalam hidup saya ini dan pasti akan memberikan yang terbaik sepertimana Tuhan sentiasa memberi yang terbaik untuk saya...ada satu lagu yang menceritakan tentang kebaikan..lagu yang mudah dan ringkas namun sungguh berkesan di hati ini...

KuBeri yang terbaik

Kuberi yang terbaik bagiMu
Kurelakan segalanya
Yang terbaik bagiMu
Segenap hatiku dan segenap jiwaku

Lagu ini membuatkan saya untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Namun, setelah kita memberikan segalanya yang terbaik kepada setiap orang atau untuk seseorang, kita relakan segalanya kepada Tuhan..

No comments:

Post a Comment