Pages

Friday 3 August 2012

Dunia Seorang Guru

~~Wah..lama sudah x update Blog o..hihiee.. (^___^) Bukan x mw update tapi..malas..kikikikk..
Bermula daripada 25 Jun 2012 sehinggalah sekarang 4 Ogos 2012..WAHH!! tidak sedar o kan?? cepatnya masa berlaluu ^^. Sekarang sudah masuk 1 Bulan sy mengajar di SMK TUANKU MUHAMMAD KUALA PILAH.
Mula2 sy rasa betul2 rasa mcm x sanggup mw mengajar tingkatan 4E. Sebab mereka semua benar2lah orang cakap..lambat pick up, lambat tangkap, malas, suka ponteng kelas dan ponteng sekolah. Ada satu hari tu, sy betul2 marah dengan mereka..tersangat marah dan kecewa sampai sy hampir2 menangis depan kelas..nasib baik sy terus keluar dan kuatkan semangat! (^__^) Mengajar budak tingkatan 4 kelas hujung bukanlah suatu perkara yang mudah..tapi saya percaya ini memang sudah menjadi KENTENTUAN untuk sy dilatih menjadi seorang guru yang professional..kerana dalam masa praktikal inilah saya diberi pelbagai pengalaman agar kelak bila sudah bergelar sebagai guru..perkara2 seperti ini tidak akan menjadi sesuatu yang baharu bagi sy lagi dan sudah pasti sy tw bagaimana untuk HANDLE budak2 yang mcm ni..

Saya akui, sy agak garang..Tapi, bila sy reflek lagi sy sepatutnya tidak boleh terlalu garang. Kemudian sy cuba cara lembut. Mula2 tu memang drg suka..tapi makin lama makin mw pijak kepala pula! Sampai sy ada buat sesuatu yg diluar jangkaan sy sendiri..hmm.agak ekstremm di situ.haha! Orang pun terkejut bila sy cerita sy buat mcm tu..adaddada.. Kemudian, sy reflek lagi balik sampai sy seperti sekarang. Saya cakap lembutttttt..tapi ada masanya sy akan garang dan tegas! sy pun bukannya suka sgt mw bagi ceramah2..tapi mereka ini..perlu diberi kesedaran..tapi sy tw sy tidak boleh terlalu berleter.. sy pernah jadi budak SMK dan sy tw guru yg mcmana sy suka.. (^__^)
Oleh itu, sy membuat keputusan untuk bagi mereka ADD FB sy..supaya sy boleh siasat latar belakang mereka..cuba untuk mengetahui serba sedikit tentang kehidupan mereka..Mereka pelajar sy..dan sy harus ambil tw tentang hidup mereka walaupun bukan semua supaya sy tw cara untuk menghadapi mereka2 ini..tw di mana kelemahan dan kelebihan mereka..sy mw jadi cikgu yg prihatin, tegas, dihormati, disayangi..dan disenangi..paling penting..sy boleh UBAH mereka daripada bukan "seseorang" kepada SESEORANG! (^__^)
Nampaknya, naluri seorang guru itu begitu KUAT dalam diri sy.. i can see it too..

Pertama kali sy masuk kelas 4E..wahhh..sangat bising, under control dan sebagainya. sy langsung x ingat pun nama mereka.Sy selalu dengar mereka memaki-maki antara satu sama lain. "WEI! BODOHLAH KAU NI!" "CIKGU, TAK PAYAH LAYAN DIA, DIA MEMANG BODOH!" inilah antara perkataan2 kesat yang sering berkumandang setiap kali sy masuk mengajar kelas tersebut. Namun, hari demi hari sampai sekarang..jujurnya! sy tx lagi dengar perkataan2 itu..walaupun ada juga yg berani ponteng kelas sy.sy maafkan..sebab sy ada cara sendiri untuk menghadapi mereka yg suka ponteng kelas sy ini. Satis seorang pelajar INDIA..dia memang suka ponteng kelas.kelas sy pun dia ponteng. Bila sy sendiri datang dan bagi nasihat dengan dia..dia beransur-ansur..rajin masuk kelas sy.. (^__^) sebenarnya itulah kepuasan seorang guru bila pelajar dengar cakap kita.. kann cikgu2 semua? hihiee..
Setelah diOBSERVE buat kali pertama dalam kelas..sy agak kecewa dengan mereka dan komen2 Pensyarah ada yg positif dan negatif..Tapi itu bukan penghalang.. Dr cakap.." kalau kamu dah tanamkan dalam fikiran dan hati kamu yang mereka seperti "ITU", maka memang itulah yang akan mereka jadi' Daripada ayat itu, sy reflek balik dan sy x akan runtuhkan semangat mereka dan akan selalu memberi galakan kepada mereka..berkat doa dan usaha sy, sy pasti mereka boleh berusaha dan pasti boleh berubah..

Semalam 3 Ogos 2012..sy bgtw mereka yg sy akan tamat mengajar mereka pada 19 OKTOBER 2012. Ada seorang pelajar INDIA..dia cakap..cikgu..2012 tu tukar kepada 2013..WAHH..terharu juga sy dengar tu..ada pula yg cakap.."knapa tak ajar kami teruss?"
Maafkan cikgu..bukan cikgu xmw ajar kamu lagi..tapi cikgu belum habis study..sy benar2 ingin melihat kamu ada perubahan sebelum sy meninggalkan TMS agar warga sekola tw yg kamu juga tidaklah seburuk yg mereka sangkakan...

Dulu masa zaman SMK sy pun, sy pernah melalui semua itu. sy juga pernah ponteng sekolah, ponteng kelas. buat muka muram kalau x suka cikgu yg masuk mengajar.x buat kerja.malah tak hantar punn..huhu..Nampkanya KARMA berputar kepadaku pula..apa yg sy rasakan sekarang ini..itulah yg cikgu2 sy rasakan dahulu..sy ingat lagi cikgu Zul selalu cakap 'KAMU NI KENALAH BANYAK MEMBACA" tapi, sy cuma mentertawakan cikgu itu..sebab cara dia mengajar sangat membosankan! sampai sy pernah sy cakap sama diri sendiri.."KALAU SY JADI CIKGU NANTI, SY X AKAN MENGAJAR SEPERTI INI!" sekarang..tiba pula giliran sy..haha..ayat cikgu Zul itulah ayat sy juga pada hari ini.. "KAMU NI, BANYAKKAN MEMBACA..HARUS RAJINNN MEMBACA" (^__^) dan paling sedih..sy penat2 buat soalan, print guna ink dan printer sendiri dan duit sendiri..tapi pelajar tak hantar kerja..rasanya inilah yang cikgu MARINA rasa dahulu..maafkan sy cikgu.. Tapi sy telah buktikan sy mampu dapat A kan cikgu? sy xpernah buat cikgu kecewa dengan keputusan sy..tapi sikap sy..maafkan sy cikgu..

Tukar pula cerita lain..di TMS ini..sy agak disukai ramai..terutamanya bagi kelas2 yg x pernah sy masuk mengajar..hik3..Mereka sangat2 sukakan Cikgu Edolina..tiap kali lalu dengan mereka..ada sahaja ayat2 manis yg sy dengar..haha..lucu pula rasanya..ada yg EXCITED betul bila sy balas lambaian mereka..wakkakaa..sungguh lucu...dan rasa benar2 dihormati dan dihargai di sekolah tersebut..walaupun begitu..hanya kelas 1D, 2G dan 4E sahaja yg kenal dan tw cikgu EDOLINA ini macamana..kalau pelajar baik..cikgu pun baik..bila pelajar buat hal..di situlah cikgu ini akan tegas setegasnya..sampai buat pelajar terdiam..hmm.. kerana saya seorang guru! sy belajar daripada setiap hari2 yang sy lalui di TMS ini..

Sy sentiasa mendoakan yg terBAIK untuk semua pelajar sy..sy akan mendidik mereka dengan sepenuh hati sy.. kalau niat kita baik..kita pasti akan dapat capai matlamat kita.. komen yg negatif tidak semestnya kita ini tidak baik..cuma, orang ingin melihat kita lebih maju ke HADAPAN dan lebih baik lagi.. berfkiran positif dan selalu buat refleksi terhadap diri sendiri..itu yang TERBAIK..Amenn


Inilah perasaan sebagai guru praktikal..ada pahit dan manisnya.. (^___^)

No comments:

Post a Comment