Pages

Wednesday 29 August 2012

Terbaik untuk kamu kerana ia terbaik untuk saya juga

Selama hampir 3 tahun setengah "menetap" di Semenanjung ini..banyak perkara yang benar-benar menduga kesabaran, menguji kekuatan hati, menerang hati yang gelap, mengubah kekurangan dan sebagainya. Masih lagi sy ingat pada tahun awal tahun 2010 sy ditinggalkan oleh seorang lelaki yang bergelar kekasih. Kekasihkah dia? huhu..Kejadian itu benar-benar membuatkan sy menutup pintu hati sy kepada warga-warga  insan lain yang bergelar lelaki yang ingin sekali mengukir ukiran dalam hidupku yang disebut cinta. Setelah hampir setahun memegang motto "single is better!" akhirnya Tuhan mengutus seorang insan yang sy rasa dan percaya pada saat ini benar-benar tulus dalam mengukir sesuatu pada hati yang keras bak batu. Namun, keindahan itu tidak berkekalan sehingga insan yang terlalu agung dalam hati ini membuat keputusan meninggalkan sy tanpa alasan. Namun, sebenarnya sy amatlah memahami kenapa dia mengambil keputusan seperti itu. Walaupun begitu, amat berat hati ini untuk menerima kenyataan tersebut. Keputusannya adalah untuk kebaikan sy dan dia. Namun, itu bukanlah jalan terbaik. Jika memang benar niat untuk meninggalkan sy itu baik..tinggalkanlah sy dengan baik caranya. Hati ini benar terluka sekali sehingga sukar untuk bernafas. Baharulah sy sedar bahawa pabila kita sangat-sangat mencintai seseorang, kita pasti akan terluka bila kita kehilangan orang tersebut. Insan tersebut sangat bermakna dalam hidup sy. Kata orang, "kita merancang, Tuhan menentukan". Maka, amat setujulah sy dengan pernyataan tersebut. Walaupun sy dilukai, peliknya diri ini masih lagi bersungguh untuk terus menanam rasa sayang di dalam hati. Mungkin kerana sy masih percaya dengan sesungguhnya bahawa dia akan kembali semula dalam hidup ini.

Bila rindu bersemi, jiwa sy mulai memberontak untuk mewartakan padanya bahawa "sesungguhnya sayalah kekasih yang sering merindui dan menyayangimu setulus hati." Namun, sy tw biarpun khabar itu sampai ke matanya, ia tidak pernah dapat menyentuh jiwa dan hatinya. Sy memang bukanlah yg terbaik jika dibandingkan dengan insan lain yang bergelar perempuan. Sy banyak kekurangan. Sy kira, dia menerima kekurangan diri ini seadanya. Namun, ternyata sy silap menduga. Sy berusaha menculik hatinya sekali lagi, namun tidak berjaya sama sekali bila pada suatu hari sy menerima balasan msg twitter bahawa LOVE tidak ada dalam hidupnya buat masa ini. Saat itu, sy menahan sekuat hati daripada mengalirkan air mata dan sy berjaya mengawalnya. Sy menghormati keputusannya dan sy sedar bahawa sy ini memang tidak ada dalam hatinya selama ini kerana sy percaya "Kekasih yang benar-benar menyayangi kita tidak akan meninggalkan kita walau dengan apa cara dan keadaan sekalipun."

Seminggu cuti raya baru-baru ini, sy merantau ke Kelantan walaupun bukan niat untuk memijakkan kaki ke sana lagi. Namun, kata orang.jauh perjalanan, luas pemandangan. Sehari-harian, terasa amatlah tertekan dan bosan dengan cuti seperti itu kerana jiwa ini jiwa perantau yang suka melihat keindahan alam, menikmati kehidupan, sy relakan hati untuk meniti hari-hari tersebut. Daripada cuti tersebut, sy belajar 1 perkara iaitu benarlah kata orang bahawa dalam hidup ini tidak semua perkara yang kita inginkan kita akan miliki. Perkongsian daripada seorang wanita yang bergelar isteri. Katanya: "saya bercinta dengan orang lain. Mencintai orang lain, tetapi berkahwin dengan orang lain." Tiba-tiba ayat itu menusuk ke dalam hatiku. Benarkan?

Hidup ini cuma sekali. Kata orang nikmatilah hidup ini sebaik mungkin. Yah.sy punya impian..impian yang terlalu tinggi bagi sy tetapi sy pasti berusaha sedaya-upaya untuk mengapainya seperti menggapai bintang di langit yg sebenarnya tidaklah semudah dan tidak seindah pandangan mata. Sy menerima kenyataan seadanya. Sy bersyukur kerana Tuhan tidak pernah meninggalkan sy bila mana sy amat terluka seperti hidup sukar untuk dilalui sehari-hari. Sy amat terluka tetapi kasih Tuhan membuatkan sy tidak pernah menyalahkan dia, tidak pernah membenci dia, dan selalu mengampuni dia. Mungkin berat bagi orang lain tapi tidak bagi sy..sy sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya kerana sy percaya perkara yang terbaik untuk dia, terbaik untuk sy juga..

Akhirnya, sy membuat keputusan untuk melepaskan dia pergi kerana sy percaya hanya dengan cara ini sy tidak terus merasai kelukaan batin. Sy melepaskan bukan bermakna ukiran itu sudah luntur. Seperi simen yang masih lembut, pabila kita memijakkan kaki ke atasnya, ia akan meninggalkan kesan untuk selama-lamanya. Maka, begitulah juga ukiran yg sudah diukir dalam hati ini tidak pernah akan hilang. Sy cuma menerima keadaan seadanya bahawa sy memang bukan yg terbaik untuk dia. Pasti suatu hari nanti Tuhan akan mendengarkan doa tulus hati kecil ini.

Semua ini kerana, terbaik untuk kamu adalah terbaik untuk sy juga...Pergilah terbang sebebasnya ke manapun mahumu..sy juga akan pergi belayar semula untuk menggapai impian terindah dalam hidupku..
Tuhan memberkati..

No comments:

Post a Comment