Pages

Monday 7 May 2012

Kekasih yang terLuka






Oleh kerana Aku memanggil, kamu tidak menjawab, ketika Aku berbicara, kamu tidak mendengar, tetapi kamu melakukan apa yang jahat di mata-Ku dan menyukai apa yang tidak berkenan kepada-Ku .(Yesaya 65:12b)

Sebuah pepatah ada mengatakan: "Orang yang kita cintai memiliki potensi terBESAR untuk menyakiti hati kita. Jika orang yang kita tidak kenal menyakiti hati kita, tidak masalah. Namun, jika itu adalah orang yang paling kita kasihi, itu tentu sangat menyakitkan".
 Terlalu menyakitkan sehinggga ada waktu-waktu atau saat itu kita berusaha untuk memaafkan dia tetapi kerana sakit yang dia berikan kita menjadi lupa untuk mengasihi malah teringin untuk membenci kerana tidak sanggup untuk menerima orang itu kembali seperti tiada apa yang berlaku.
Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk melupakan apa yang orang lakukan terhadap kita apatah lagi jika melibatkan soal hati dan perasaan. Tapi, saya pernah membaca sebuah ungkapan seperti ini: JANGAN KAU PERHITUNGKAN BERAPA KALI ORANG MENYAKITI HATIMU. TETAPI PERHITUNGKANLAH BERAPA KALI ENGKAU TELAH MENYAKITI HATI TUHANMU.


Ternyata ungkapan ini benar-benar memberi kesedaran kepada saya sendiri walaupun terkadang memang agak sukar untuk tidak memperhitungkan berapa kali orang menyakiti hati saya. 
Sepertimana kata mereka di luar sana, SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA. Setiap yang telah berlalu itu memang tetap akan berlalu. Inilah hikmah tiadanya MESIN MASA kerana jika MESIN MASA itu wujud maka,  rencana yang Tuhan telah tetapkan akan jadi berserabut. Tuhan lebih dahulu merancang dan menentukan jalan hidup yang perlu kita lalui. Walaupun kita merancang dengan penuh bijaksana namun percayalah Tuhan itu punya kuasa ke atas hidup kita. Oleh kerana kita dijadikan daripada tanah, maka bila masanya tiba kita tetap akan kembali menjadi tanah juga.
Jadi, sementara kita masih berpeluang untuk hidup, cubalah untuk tidak menyakiti hati seseorang kerana Tuhan sentiasa melihat perbuatan kita. Jika kita membuat seseorang itu menangis, Tuhan akan melihat setiap SEBAB air mata seseorang itu jatuh. Tuhan melihat dan mendengar setiap keluhan hati kita biarpun kita terlalu merasa sakit sehingga sukar untuk mengatakannya kepada Tuhan..tetapi percayalah Tuhan itu sangat setia dan mendengar dengan penuh dedikasi. Dia pasti akan menyembuhkan segala luka yang di alami atau dihadapi.
Saya sendiri pernah mengenali seseorang dan jatuh cinta dengannya. Cinta itu terlalu membahagiakan sehingga saya berharap saya dapat membina sebuah mahligai kebahagiaan dan menempuh sisa-sisa hidup bersama dia. Mungkin inilah silapnya bila kita mencintai seseorang dengan sepenuh hati kita tanpa memikirkan perkara yang ada di hadapan. Sekuat manapun kita berdoa, kita setia, dan kita mencintai jika perasaan itu hanya di sebelah pihak sahaja, CINTA itu tetap tidak akan bertahan lama dan hanya bakal menjadi persinggahan yang menyakitkan. Memang dalam hidup ini tidak semuanya INDAH. Kita perlu merasakan segala macam kepahitan kerana inilah asam garam manis pahit menjadi seorang manusia. Semua itu pasti akan mematangkan kita. Dengan setiap yang berlaku, ia mengajar kita siapa yang akan tetap tinggal bersama kita yang mahu bertahan menempuh cabaran hidup sehingga akhir waktu. 
Seperti cerita dongeng, semua cerita pasti akan berakhir dengan KEBAHAGIAAN. Sudah pasti ianya terjadi sekiranya kita tetap teguh dan  percaya kepada Tuhan kerana KEBAHAGIAAN ABADI adalah KEBAHAGIAAn daripadaNya.


Saya bukanlah orang yang sempurna kerana berkata-kata sedemikian rupa, namun inilah curahan hati saya bahawa saya sedar setiap jalan yang berduri yang melukakan tubuhku, apabila saya sampai ke DESTINASI itu semua luka yang ada ditubuhku ini pasti akan hilang. ^^
Ada juga mengatakan bahawa KARMA itu WUJUD. Bunyinya seperti menyenangkan hati kerana suatu hari nanti, orang yang menyakiti kita akan merasai KESAKITAN itu juga. Tetapi, ia juga seakan-akan bentuk pengadilan atau memberi hukum kepada orang itu kerana kita berdoa dia KARMA itu datang kepadanya. Jalan terbaik adalah..biarlah TUhan menentukan segalanya. ^^ 



sesungguhnya kita tidak layak untuk dikasihi Tuhan kerana terlalu banyak menyakiti hatinya..tetapi Dia maha pengasih sudah tentu akan mengasihi kita segenap hatinya. Maka dengan itu, kita cuba pula mengasihi sesama kita agar layak menerima kasih Tuhan..

No comments:

Post a Comment