Pages

Tuesday 30 October 2012

Sunshine

sHALLOm.. (^____________^)v

Esok..bersamaan pada 31 oktober 2012, hari Rabu..saya akan kembali ke pangkuan keluarga saya yang sangat saya kasihi.. (^__^)v.. setelah setahun lebih tidak balik, akhirnya saya balik juga..saya rindu mereka..
Selama ini, saya tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga saya.. saya masih ingat lagi..saya pernah tidur di rumah anty saya di KK, tidak sampai sebulan, mama dan kakak saya datang untuk menjemput saya balik.. Mereka rindu saya. Memang sesuatu yang berat bagi mama dan bapa saya untuk membiarkan saya belajar di tempat jauh. Walaupun saya tidak pernah hidup berdikari, tetapi..hidup saya yang agak berat mengajar saya erti berdikari..Jadi, saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk tinggal jauh daripada keluarga saya..saya seorang yang pandai berdikari..dan saya tahu..mereka bangga dengan saya! (^__^) saya juga bangga sebab dapat buat mereka bangga...


Saya tahu, saya pasti akan melalui hari-hari yang indah bersama keluarga tersayang..selagi saya masih bernyawa, saya pasti akan menghargai setiap detik yang saya ada bersama dengan keluarga dan kawan-kawan..Saya tidak mahu merungut lagi..biarlah hidup saya ini, TUhan yang tentukan sepenuhnya..saya pernah kehilangan orang yang saya sayang iaitu boyfriend saya..saya sangat mencintai dia..hingga pada saat ini..Dia sentiasa ada di hati saya..selagi saya masih ada di dunia ini, saya akan tetap selalu mencintai dia..saya tahu, dia sudah jumpa pengganti diri saya..saya yang salah kerana saya tidak pernah jadi yang terbaik untuk dia..sampai hari ini, saya menangis setiap kali merindui dirinya..Tetapi saya sedar, inilah yang dinamakan takdir Tuhan..jalan dan rencana Tuhan..saya tidak berani untuk menegur sapa, mesej, apatah lagi menatap wajahnya meskipun dari jauh kerana saya tahu, saya ini bukanlah segalanya bagi dia, saya ini bukan siapa-siapa lagi di hidup dan hatinya..Oklah..cukup pasal tu...sekarang mood balik kampunggg...

Hari esok dan seterusnya..saya akan menghargai setiap insan yang datang dan menyayangi diriku seadanya.. (^_______^) kasih dengan penuh ikhlas walaupun tidak pernah berbalas..kerana suatu hari nanti, Tuhan akan membalas kasihku ini..

Jika kita kehilangan kekasih,
kekasih itu boleh dicari ganti meskipun sukar untuk dicari..
Jika kita kehilangan keluarga,
di manakah akan kita cari penggantinya??

Saya tidak sabar mw balikk..Berkatilah perjalananku yang panjang pada hari esok..Amen!


No comments:

Post a Comment